Pendidikan Husin bin Muhammad Nasir

Tuan Husin dipelihara dan dididik oleh datuknya Hj. Muhd. Taib, iaitu seorang ulama terkenal di akhir abad ke 19 di Kedah. Beliau membuka sebuah sekolah pondok di Titi Gajah pada tahun 1870an. Tuan Husin dibesarkan dalam suasana keilmuan dan keagamaan dengan bimbingan datuknya. Dalam usia 19 tahun, beliau dapat menguasai ilmu agama dengan baik.

Di dalam tahun 1881M/1299H , beliau melanjutkan pelajaran di Pattani. Di sana beliau belajar dengan Tuan Samila yang pernah menjadi guru kepada datuknya.

Kemudian beliau ke Kelantan untuk meninjau sekolah-sekolah pondok di sana dan dalam tahun 1882M/11300H beliau ke Terengganu serta menetap di sana selama setahun. Beliau seterusnya ke Singapura dan menjadi buruh kasar di sana.

Pada tahun 1886/1303H, beliau ke Johor dan seterusnya ke Melaka. Beliau kemudiannya ke Medan dan Acheh.. Beliau pulang ke Pulau Pinang. Jusoh ,anak penghulu Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah. Beliau dianugerahkan dua orang anak dengannya. Mereka ialah Nikmatullah Ahmad dan Siti Maryam.